Sinopsis Dosa - 2018
Sinopsis Film Dosa (2018)
DO(s)A mengisahkan
empat beradik dibesarkan bapa mereka sendirian iaitu Latif (M Nasir) dengan
nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan disiplin persilatan. Fuad
(Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty
Feliziana) hidup bersama bapa mereka di tempat paling sunyi di Kampung Baru,
Kuala Lumpur.
Di situ, mereka
menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat dan setiap hari
berlatih ilmu persilatan seolah-olah sedang bersiap-siaga menghadapi sesuatu.
Fara sering memberontak namun tidak diendahkan Latif.
Hubungan keluarga itu
semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian
(Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa Latif.
Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu Latif, mereka
menjadi rapat. Menyedari perkara itu, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan
Arian mencari Latif menghalang Fara daripada bertemu Arian bahkan Fuad
bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta kerana Latif tidak mahu lagi ada
kaitan dengan orang seperti Arian.
Berang dengan tindakan
Fuad, Fara mengekori Arian ke Jakarta tanpa mengetahui bahaya yang menantinya
di sana. Sebaik saja Fara keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang di
Jakarta, dia diculik dan dihumban ke dalam van lalu dikurung di sebuah gudang.
Lantas, Latif terus menghantar Fuad, Farid dan Fahad ke Jakarta untuk
membawanya pulang. Di sana, mereka tiga beradik sering diserang tanpa sebab
yang pasti. Arian yang baru mendengar berita penculikan Fara turut berganding
bahu membantu abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang
mereka mula fahami mengenai asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka
sebenarnya. Tanpa disedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa
di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan
perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.
0 Response to "Sinopsis Dosa - 2018"
Post a Comment